PENDAPAT GOLONGAN RELATIF TERHADAP PENTAFSIRAN SEJARAH

Merujuk Kamus Dewan, Subjektif bermaksud pandangan orang atau pihak yang menilai atau melihat daripada sudut pandangan atau mengikut perasaan sendiri. Kajian sejarah yang berkonsepkan subjektif adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
            Sejarawan golongan relatif yang melakukan kajian akan mentafsir bahan –bahan  yang diperolehnya mengikut tafsiran sendiri. Tafsiran melalui kaedah kefahaman yang berbeza-beza yang menjadikan konsep subjektif begitu ketara dalam kajian atau penulisan sejarah. Kajian sejarah yang dilakukan merupakan suatu kajian yang boleh menimbulkan bias atau berat sebelah.
            Konsep subjektif dalam penulisa sejarah akibat daripada naluri dan kecenderungan semulajadi manusia sendiri yang suka memilih sesuatu yang dianggap penting dan menegenepikan sesuatu yang tidak penting. Sebagai contohnya, dalam karya Tuhfat Al-Nafis yang cenderung menaikkan martabat golongan Bugis dan mempersendakan Kesultanan Melayu serta golongan Minangkabau.
            Seterusnya, Buchahardt yang mengatakan sejarah merupakan bidang ilmu yang paling tidak saintifik, namun begitu terdapat banyak perkara yang wajar diketahui.
            Tambahan pula, golongan relatif  berpendapat bahawa sejarah merupakan suatu kajian penyelidikan yang dibuat oleh sejarawan dan sejarah adalah berbeza seperti juga kehidupan dan semangat pelbagai zaman. F. R. Ankersmit menyatakan bahawa setiap telaah sejarah samada dari masa silam, masa kini, atau masa depan selalu bersifat objektif. Hal ini disebabkan setiap tafsiran sejarah oleh para pengkaji sejarah dilakukan pada zaman yang berbeza dan individu yang mentafsir juga terdiri daripada orang yang berlainan. Maka tidak hairanlah sekiranya sejarah ditulis secara subjektif diterima pakai oleh masyarakat dunia.

            Kesimpulannya, penulisan sejarah ini tidak dapat dibuktikan kebenarannya seratus peratus seperti yang dikatakan oleh golongan objektif. Seterusnya, pendapat golongan relatif yang juga lebih kepada kepentingan diri dan menunjukkan atau mengambarkan masyarakatnya sendiri.

Comments

Popular Posts