TEORI YANG DIASASKAN OLEH LEOPORD VAN RANKE
Leopold Van Ranke adalah seorang sejarawan yang berasal dari Jerman. Ranke telah membuat teori pensejarahan yang mengagumkan para sejarawan sezamannya iaitu beliau telah menghasilkan teori wie es elgentlich gewesen yang bererti “ seperti sebenarnya berlaku”. Hal ini berlaku kerana, pandangan Ranke yang kritis terhadap sejarah. Kaedah kritis ini diistilahkan sebagai quelimkritik yang bermaksud sebagai satu usaha atau kajian dan penilaian yang kritis terhadap sumber sejarah. Teori yamg diasaskan oleh Ranke ini telah dipengaruhi oleh unsur keagamaan. Hal ini kerana, Ranke berpendapat bahawa setiap peristiwa yang dikaji dengan teliti kerana beliau percaya bahawa setiap peristiwa adalah unik serta sama taraf terhadap satu hakikat bahawa setiap satunya adalah ciptaan Tuhan. Seterusnya, melalui teori Ranke ini sejarah tidaklah dicampur adukkan dengan dongen...