TEORI YANG DIASASKAN OLEH LEOPORD VAN RANKE
Leopold Van Ranke adalah
seorang sejarawan yang berasal dari Jerman. Ranke telah membuat teori
pensejarahan yang mengagumkan para sejarawan sezamannya iaitu beliau telah
menghasilkan teori wie es elgentlich gewesen yang bererti “ seperti sebenarnya
berlaku”. Hal ini berlaku kerana, pandangan Ranke yang kritis terhadap sejarah.
Kaedah kritis ini diistilahkan sebagai quelimkritik yang bermaksud sebagai satu
usaha atau kajian dan penilaian yang kritis terhadap sumber sejarah.
Teori yamg diasaskan oleh Ranke ini telah dipengaruhi
oleh unsur keagamaan. Hal ini kerana, Ranke berpendapat bahawa setiap peristiwa
yang dikaji dengan teliti kerana beliau percaya bahawa setiap peristiwa adalah
unik serta sama taraf terhadap satu hakikat bahawa setiap satunya adalah
ciptaan Tuhan.
Seterusnya, melalui teori Ranke ini sejarah tidaklah
dicampur adukkan dengan dongeng, mitos, lagenda yang mungkin palsu dan keliatan
seperti pensejarahan tradisi atau klasik. Melalui teori Ranke ini sejarah
mestilah ditulis berdasarkan sumber yang sahih sehingga tidak menimbulkan
sesangsian tentang kebenarannya.
Begi Ranke, tujuan utama mengkaji sejarah itu seperti
sebenarnya berlaku dan bukanlah untuk mengadili masa lalu atau untuk
kepentingan masa depan.
Kesimpulannya, keunggulan Ranke sebagai sejarawan Eropah
sangat memberi impak yang besar. Walaupun tradisi pensejarahan Eropah yang
diasaskan oleh Ranke amat berkesan tetapi menjelang tahun 1930 an pengaruhnya
mulai luntur.
Comments
Post a Comment