ZAMAN PRASEJARAH PLEISTOSEN DI ASIA TENGGARA

PENGENALAN

Zaman prasejarah merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada masa di mana catatan sejarah yang tertulis belum wujud dan tersedia. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa zaman prasejarah telah bermula saat terbentuknya alam semesta, atau secara khususnya merujuk kepada masa di mana terdapat kehidupan di muka bumi. Justeru, maklumat dan data mengenai zaman prasejarah dapat diperolehi melalui bidang lain seperti bidang antrapologi, arkeologi, peleontologi dan geologi. Alam sekitar pula merujuk kepada pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda hidup seperti keadaan muka bumi, iklim, penduduk, dan perusahaannya. Secara amnya, kajian alam prasejarah meliputi zaman Pleistosen, Holosen, Paleolitik, Kebudayaan Hoabinhian (Epi-Paleolitik), dan Neolitik.
            Zaman Pleistosen dikenali sebagai zaman ais dan ia berlaku kira-kira 600 000 tahun dahulu manakala zaman Holosen pula merupakan zaman panas yang mana ia telah membawa satu perubahan yang besar kepada perubahan alam sekitar dan berlaku kira-kira 20 000 tahun yang lalu. Di Asia Tenggara telah mengalami zaman paleolitik kepada zaman neolitik yang juga lebih dikenali sebagai zaman epi-paleolitik dan tidak mengalami zaman mesolitik. Perubahan alam persekitaran purba di Asia Tenggara adalah merujuk kepada perubahan alam pleistosen kepada alam polosen. Kepulauan Asia Tenggara merupakan zon yang terletak sekitar 5 darjah dari garisan khatulistiwa dan mempunyai ciri-ciri  seperti iklim yang umumnya panas dan hanya mengalami perubahan secara perlahan-lahan. Bentuk muka bumi di Asia Tenggra kebanyakanya berbentuk kepulauan. Keadaan muka bumi di Asia Tenggara adalah terdiri daripada satu daratan yang luas iaitu mempunyai tiga stuktur terbenam yang dikenali sebagai Dataran Sunda, Dataran Sahul, dan Wallacea. Faktor-faktor kepada perubahan alam sekitar ialah interaksi pancaran matahari, lembaran ais menutupi dataran, penyusutan dan penurunan hutan hujan tropika, perjalanan bumi mengelilingi matahari dan timbul awan abu meliputi bumi.


PLEISTOSEN

Pleistosen adalah zaman akhir yang sangat hampir dengan zaman moden, dimana terdapat pelbagai spesis konifer lumut, tumbuh- tumbuhan, serangga, burung-burung, haiwan mamalia dan kehidupan lain. Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Ais Batu kerana  pada ketika itu Asia Tenggara telah mengalami perubahan paras laut diiikuti sedikit perubahan suhu. Pleistosen telah diklasifikasikan kepada tiga kriteria yang berbeza iaitu pada zaman glasial di daerah lintang-tengah, perubahan fauna laut dan perubahan fauna darat.
Pada 3 juta tahun dahulu berlaku gladiasi yang menjadi punca  perubahan alam persekitaran purba. Ini disebabkan oleh interaksi  pelbagai fenomena. Proses gladiasi ini telah menyebabkan penurunan pemukaan air laut, zon tumbuhan dan penurunan suhu seterusnya menyebabkan perubahan ke atas permukaan bentuk geografi muka bumi Asia Tenggara. Pelantar Sunda dan Pelantar Sahul pada masa itu merupakan sekeping tanah mendatar dan timbul. Tanah menjadi lebih luas daripada apa yang dapat dilihat berbanding pada masa sekarang. Pelantar Sahul menghubungkan tanah Besar Asia Tenggara  dengan Kepulauan Melayu sedangkan Pentas Sahul menghubungkan New Guinea dengan Australia. 
Dataran Sunda masih belum ditelenggami air pada masa ini. Maka tidak hairanlah jika dikatakan manusia boleh berjalan dari Asia Tenggara ke Utara Eropah tanpa menyeberangi laut. Permukaan laut yang terlalu rendah membuatkan pulau-pulau lebih besar dan cenderung untuk menghasilkan jambatan darat yang lebih besar. Penyeberangan laut yang lebih pendek menjadi lebih penting seterusnya telah membawa kepada penghunian pertama di Australia. Glasiasi Lintang Tengah merupakan faktor yang menyebabkan perubahan alam sekitar berubah sehingga membawa kepada penduduknya. Menurut teori Broeceker dan Denton terdapat pelbagai sebab atau faktor yang menyebabkan glasiasi lintang tengah berlaku, lalu memberi impak kepada perubahan alam sekitar. Antaranya perubahan insentisas penyinaran matahari, bumi yang mengelilingi matahari dan kecondongan pada paksinya serta adanya awan abu dari kegiatan vulkanis di Jawa.
Kesannya, pada puncak glasiasi, lembaran-lembaran ais menutup tiga kali lebih luas dari kawasan asal sehingga membentang ke Eropah dan Amerika Utara. Maknanya kawasan tersebut menjadi lebih luas kesan daripada penutupan lembaran-lembaran ais. Hasil perubahan yang disebabkan glasiasi menyebabkan iklim-iklim tropika pada dataran-dataran yang luas menjadi lebih kering, hutan-hutan hujan menyusut keluasannya dan jambatan-jambatan daratan terbuka di kepulauan Indo-Malaysia dan hominid, haiwan serta  tanaman berhadapan dengan proses penggabungan dan pemusnahan pulau yang terjadi bersilih ganti. Contohnya, penurunan 50 meter paparan sunda cukup untuk menggabungkan Malaysia, Sumatera, Jawa dan Borneo hingga menyebabkan Laut China Selatan dan Laut Jawa terpisah oleh sejumlah jalur sungai purba. Buktinya, boleh di lihat pada peta batimetri ini.

Comments

  1. Hard Rock Hotel and Casino Las Vegas - MapYRO
    Find out what's popular at 당진 출장안마 Hard Rock 제천 출장안마 Hotel and Casino 남원 출장마사지 Las Vegas in 나주 출장샵 Las 속초 출장마사지 Vegas, NV. Hotels.com ranked #1 Hotels in Las Vegas by Alamy's.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts